BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 22, 2011

Kami, TBO Tersingkir Serentak Minggu Ini!

Minggu ketiga gelanggang Raja Lawak 5 (RL5) mengundang kejutan apabila bukan satu tetapi 2 peserta telah disingkirkan iaitu kumpulan Kami dan Kumpulan TBO.
Pengumuman penyingkiran telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap RL5, David Teo yang disiarkan secara langsung di saluran 105 (Astro Prima), di sini, malam tadi.
Selain dua kumpulan yang kecundang pada malam itu, seorang lagi peserta yang turut diumumkan antara tiga peserta yang mendapat undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah adalah Epy.
Kumpulan Kami yang dianggotai Zarina Mohd Nor atau Zarina, 34 dan Elly Sarimah, atau Elly, 29, telah dua minggu berturut-turut menerima undian SMS terendah.
Manakala kumpulan TBO yang terdiri daripada Ahmad Firdaus Misnan, Mohd Sufian Masri dan Mohamad Isa Bin Razai merupakan kumpulan yang mendapat undian yang paling rendah pada minggu ini.
Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan Tiru Macam Saya dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada satu dua peserta yang menyerlah berbanding yang lain.
RL5 dihoskan oleh pasangan Jozan iaitu Johan dan Zizan dan juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya.
Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu ketiga Gelanggang Raja Lawak 5:
  1. Leman - 20.7%
  2. Nazmi - 15.1%
  3. R2 - 10.9%
  4. Lucky - 9.1%
  5. Kopi o - 8.7%
  6. Man- 8.4%
  7. Pukaw - 8.2%
  8. Balas- 8.2%
  9. Epy - 6.3%
  10. Kami-3.5%
  11. TBO- 2.2%

0 comments: