BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 15, 2011

Bobo Mangsa Pertama Penyingkiran RL5

KL, 15 JAN 2011: Nasib nyata tidak menyebelahi kumpulan Bobo apabila mereka menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 5 (RL5).
Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Sathia, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 5 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam tadi.
Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah pada minggu ini ialah kumpulan Kami, kumpulan Kopi O dan kumpulan Bobo sendiri yang tersingkir. Kumpulan Bobo dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24 dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24.
Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan freestyle dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada satu dua peserta yang menyerlah berbanidng yang lain.
Raja Lawak 5 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, David Teo dan Sathiya.
Berikut adalah keputusan dan peratusan undian bagi minggu pertama Gelanggang Raja Lawak 5:
1) Leman - 20%
2) Lucky - 10%
3) Nazmi - 9%
4) R2 - 9%
5) Epy - 8%
6) TBO - 8%
7) Man - 7%
8) Balas - 6%
9) Pukaw - 6%
10) Kami - 5.3%
11) Kopi O - 5%
12) Bobo - 4.8%
Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.

0 comments: